Monday, July 22, 2013

Kenali eCosway




eCOSWAY
eCosway telah dilancarkan pada Tahun 2002 merupakan syarikat antarabangsa yang giat berkembang berpusat di segitiga emas berprestij Kuala Lumpur, Malaysia. Ia mempunyai beribu-ribu pusat jualan di serata dunia.


eCosway merupakan anak syarikat utama kepada Cosway (M) Sdn. Bhd, dimiliki sepenuhnya oleh Cosway Corporation Limited, sebuah syarikat yang disenaraikan saham tertinggi di Hong Kong (Kod Saham 0288) dan ahli Kumpulan Berjaya (Berjaya Group). Berjaya Group merupakan antara konglomerat yang terunggul di Asia.


eCosway telah dianugerahkan dengan “Status MSC” yang sangat didambakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia. Status ini dianugerahkan di atas kecemerlangan Cosway dalam pertumbuhan dan perkembangan teknologi maklumat.
PELUANG PERNIAGAAN YANG BELUM PERNAH ADA
eCosway mempunyai model perniagaan yang sangat unik dan terbukti berkesan dalam menjana pendapatan. Ia menawarkan peluang kepada semua untuk berjaya tanpa sebarang cabaran yang biasa dikaitkan dengan pemasaran rangkaian.
Kejayaan kami berpunca dari rangkaian produk pada harga yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, yang diedar menerusi rangkaian ekstensif kedai-kedai eCosway. eCosway menawarkan empat kaedah mudah dan boleh diduplikasi bagi menghasilkan aliran pendapatan berlipat ganda.
Sebagai Pemilik Perniagaan, anda boleh :
** Memperkenalkan orang yang berminat dengan peluang perniagaan
** Memperkenalkan orang untuk membeli belah di mana-mana kedai eCosway
** Memperkenalkan orang yang berminat mengusaha sesebuah kedai eCosway
** Memohon untuk mengusahakan kedai eCosway
Menerusi eCosway, anda akan belajar betapa mudah dan seronoknya untuk mula membina rangkaian anda sendiri dan meraih pendapatan yang lumayan dan berterusan.
SUATU KONSEP REVOLUSINARI DALAM PEMILIKAN PERNIAGAAN GLOBAL
Tiada kebebasan sehebat menjadi BOS SENDIRI, miliki segalanya yang anda ingini dan masa untuk menikmatinya!
FAKTOR UTAMA FORMULA KEJAYAAN eCOSWAY
Produk-Produk eCosway
Untuk kejayaan produk dan perniagaan, terdapat dua faktor yang benar-benar penting. Iaitu KUALITI dan KEPELBAGAIAN. Sudah 30 Tahun, eCosway telah memupuk kerjasama dengan pembekal bahan-bahan mentah dan bahan-bahan yang terkemuka diserata dunia, pengilang bereputasi dan penyelidik di serata dunia.
Hasilnya, pelbagai produk berkualiti tinggi (sememangnya “terbaik dari yang terbaik”) yang sentiasa berkembang, merangkumi spektrum kategori yang luas, termasuk barangan gunaan harian yang sentiasa diperlukan oleh produk menarik yang menjana minat kepada yang baru dan mempertingkatkan jualan.
**Selamat, berkesan, mesra-alam dan selesa pada yang bertugas mengekalkan kebersihan rumah anda tanpa membahayakan kesihatan dan persekitaran anda.
** Produk penjagaan peribadi yang menggunakan teknologi terkini memberikan anda penjagaan terbaik, perubahan yang dapat dilihat. Rangkaian penjagaan kulit terkini dari pakar penjagaan kulit terhebat di dunia untuk membantu anda kekal muda dan jelita.
** Peralatan-peralatan berinovasi yang membantu memudahkan kerja-kerja rumah.
** Produk nutrisional termaju dari penyelidik-penyelidik terbaik dari serata dunia untuk membantu anda menghindari dan menangani isu-isu kesihatan dan mengekalkan kesihatan optimum.
** Sistem mempertingkatkan air terkini untuk memberi anda air “hidup” terasli. Paling sihat, pada harga yang anda sangat mampu memilikinya.
** Produk-produk penjimatan bahanapi, meningkatkan enjin kereta anda, yang menyebabkan anda suka memandu semula, dan simpan wang ke dalam saku anda setiap kali anda mengisi minyak.
Harga
Kebanyakkan syarikat pemasaran rangkaian meninggikan harga produk mereka dari sepatutnya. Ini menghindar pembelian ulangan. eCosway amat bangga kerana menawarkan produk berkualiti pada harga yang amat berpatutan, menyebabkan peningkatan jualan, baik daripada pelanggan yang baru berdaftar yang setia.
Promosi
Program Ganjaran Bulanan berinovasi eCosway membolehkan pembeli menikmati harga terendah dan dirangsangkan lagi dengan berbagai promosi seperti diskaun, tawaran produk baru, belian-dengan-belian istimewa dan item-item ganjaran yang menarik.
Pengagihan Fizikal
Anda mungkin pernah dengar bahawa kunci sesebuah kejayaan ialah “lokasi, lokasi, lokasi!” Kedai eCosway mudah dilawati kerana kami berusaha membuka kedai di kawasan perumahan yang berpendudukan tinggi, pasar raya besar dan pusat membeli belah. Tidak seperti kebanyakkan syarikat MLM yang mempunyai saluran pengagihan terhad, jangkauan ekstensif eCosway dan kehadirannya yang semakin meningkat memberi keselesaan dan memudahkan para pembeli.
Pelan Keuntungan 
Apabila anda berdaftar sebagai pemilik (BO) eCosway, matlamat anda ialah untuk membina rangkaian Pembeli VIP dan Pemilik Perniagaan seperti diri anda sendiri.
Kombinasi peluang perniagaan global eCosway yang belum pernah ada, unik dan tiada pemisahan, membolehkan anda membina pendapatan yang PANTAS, LUMAYAN, dan BERKEKALAN daripada rangkaian global pengguna dan Pemilik Perniagaan yang terus berkembang. Anda juga boleh “mewasiatkan” perniagaan eCosway anda kepada kepada pewaris anda, memanfaatkan anak-anak anda dan generasi seterusnya.